Saturday, January 23, 2010

Jualan gula kabung secara online

Salam sejahtera,

Sesiapa yang berminat ingin mencuba gula kabung atau susah hendak membeli gula kabung ini, saya sudi menjual kepada sesiapa sahaja yang berminat.. Sila email atau yahoo messenger untuk mengetahui lebih lanjut... Penjualan gula kabung ini banyak di sekitar Benta dan kawasan sekitar sahaja malahan susah didapati bagi luar kawasan tersebut..

Penghantaran adalah melalui pos Malaysia setiap hari Selasa atau Rabu.


Cubalah guna gula kabung pasti nak lagi...




Tuesday, November 24, 2009

BUBUR KACANG HIJAU




Bahan-Bahan:

500 gm kacang hijau
1 keping gula kabung
50 gm gula putih
1 liter santan kelapa
2 helai daun pandan
Sedikit garam.

Cara:

Rebus kacang hijau sampai lembut. Masukkan santan bersama daun pandan, kemudian masukkan gula kabung dan gula putih dan sedikit garam. Masak hingga mendidih dan hidangkan.

AGAR-AGAR SANTAN GULA KABUNG


bahan-bahannya

agar-agar dlm bungkusan 28gm
kat packing tu ada tulis air yg perlu 1400ml
jadinya 1000ml kita masak dgn agar-agar
400ml lg gantikan dgn santan pekat
2 biji telur dipukul sekejap
1 cawan gula
1/2 keping gula kabung

masak agar-agar dgn air sampai hancur dan mendidih. masukkan gula kabung dan gula pasir, masak hingga larut.
masuk kan santan dan telur. tak payah dikacau. biarkan hingga hampir menggelegak atau ada macam nak membuak, padam api.
tuang dlm loyang. bila dah suam-suam masuk dlm peti sejuk..
ARKIB UTUSAN : 27/09/2008
Gula kabung pembuka selera

Oleh HARIS FADILAH AHMAD



Manisan (nira) kabung dimasak dalam kawah sehingga kemerah-merahan sebelum dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang dan dibiarkan mengeras.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LIPIS 26 Sept. - Gula kabung atau dalam istilah saintifik Arenga sacchanifera merupakan sejenis bahan campuran dalam kuih-muih yang terkenal di kalangan masyarakat Melayu di daerah Lipis.

Gula yang diperoleh daripada pokok kabung itu amat sinonim dengan kuih-muih tradisional Melayu Pahang sejak zaman berzaman.

Gula kabung semakin diperlukan terutama pada bulan Ramadan apabila ia menjadi bahan pembuka selera ketika waktu berbuka puasa dan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

Antara kuih-muih yang lazim dicampur gula kabung termasuk dodol, kuih koci, lepat, nasi manis, pengat dan inti kuih.

Maseriah Talib, 46, dari Kampung Peruang, Benta dekat sini, merupakan antara pengusaha gula kabung yang paling sibuk sepanjang bulan Ramadan ini.

''Waktu bulan puasa ini, saat paling sibuk melayani tempahan mereka yang gemar gula kabung untuk membuat kuih-muih bagi juadah berbuka puasa dan jualan di bazar Ramadan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Berbekalkan kemahiran membuat gula kabung sejak usia muda, Maseriah berkata, keenakan gula kabung memang berbeza dengan gula biasa yang diperbuat daripada tebu.

''Kerja-kerja membuat gula kabung bermula apabila manisan atau nira daripada tandan pokok kabung diambil untuk diproses,'' ujarnya.

Nira itu, katanya lagi, kemudian dimasak sehingga pekat dan berwarna coklat kemerahan sebelum dimasukkan ke dalam acuan daun mengkuang untuk dibekukan dalam tempoh lima minit.

''Kebiasaannya, tiga tabung buluh berukuran 1.5 meter boleh menghasilkan sebanyak 13 buku gula kabung setiap hari.

''Saya menjual dengan harga RM3.50 sebuku kepada pelanggan dan saya mampu meraih sehingga RM1,300 sebulan daripada jualan gula kabung ini," jelasnya.

Maseriah berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana membantu membiayai perusahaan gula kabungnya dengan pemberian peruntukan sebanyak RM20,000 untuk membina bangsal dan membeli peralatan memproses gula itu.

Menurutnya, beberapa buah stesen televisyen tempatan dan luar negara pernah membuat dokumentari selain menerima lawatan pelancong asing untuk melihat lebih dekat perusahaan gula kabung secara tradisional di rumahnya.

Gula kabung, tambah beliau, bukan sahaja menjadi penyedap kuih-muih, malah sering dijadikan buah tangan atau cenderamata kepada pembesar pada majlis tertentu di daerah Lipis.

Seorang lagi pengusaha dari Peruang di sini, Mustafa Yunus, 52, berkata, kerjanya yang membuat gula kabung sejak 15 tahun lalu mampu meraih pendapatan lumayan untuk menyara keluarga dan persekolahan anak-anaknya.

''Kerja ini memerlukan ketekunan dan kesabaran bermula daripada mengambil nira sehingga memasak menjadi gula kabung," jelasnya.

Mustafa memberitahu, setiap hari sebanyak 20 hingga 40 buku gula kabung dihasilkan bergantung kepada jumlah air nira yang berjaya dikumpulkan.

Beliau menambah, permintaan terhadap gula kabung meningkat pada bulan Ramadan kerana ia bahan penting untuk membuat inti atau manisan kuih, selain buahnya boleh dijadikan halwa sebagai campuran dalam minuman.

Jualan gula kabung Benta




Kepada peminat gula kabung anda boleh membeli secara online dengan hanya menghantar email kepada saidatul_afzana@yahoo.com

Harga gula kabung: RM 10 (2keping)termasuk harga pos